Thursday, May 13, 2010
## AkHirnYa ##
=*+^# KeBerSihAn dAn kEceRiaAn biLik dArjAh (^_^)
Pelaksanaan projek ini kami diteruskan lagi dengan menjawab soalan-soalan tugasan yang diberikan oleh guru..
Antara soalannya ialah:
A. Anda perlu mencari gambar-gambar berkaitan persekitaran bilik darjah yang kondusif daripada aspek kebersihan dan keceriaan bilik darjah tersebut.
Jawapan:
B. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, anda dikehendaki untuk membuat huraian dalam bentuk perenggan mengenai gambar-gambar tersebut.
Jawapan:
Gambar-gambar tersebut merupakan gambar-gambar kelas yang kondusif. Kelas yang kondusif merupakan kelas yang selesa dari segi kebersihan dan keceriaannya.Bagi menjadikan sesebuah kelas itu kondusif, kita perlu menjaga kebersihan kelas tersebut.Kita boleh menyediakan sebuah bakul sampah di dalam kelas di samping jadual tugasan kelas supaya semua ahli kelas bersama-sama bertanggungjawab di atas kelas.Selain itu, kita juga perlu menceriakan kelas supaya kita berasa lebih selesa berada di dalam kelas. Nota-nota setiap mata pelajaran boleh ditampal di papan kenyataan mengikut kreativiti masing-masing.Kita juga boleh meletakkan sudut bacaan di belakang kelas. Sudut ini juga boleh dihias supaya tidak kelihatan membosankan.
C. Berdasarkan gambar-gambar yang disediakan, nyatakan lima peribahasa yang sesuai berkaitan dengan gambar-gambar tersebut.
Jawapan:
# Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
# Bagai aur dengan tebing.
# Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.
# Bagai isi dengan kuku.
# Membanting tulang.
Wednesday, May 12, 2010
+++ s@L@m perken@L@n +++
AssaLamuAlaiKum dAn saLam sEjahtEra...(^_^)
Sebagai sesi pengenalan,saya akan memperkenalkan ahli-ahli kumpulan yang terdiri daripada Zuraihan@Zu, Fatin Farhana@Fatin dan Wan Zalida@Za..
Projek yang perlu kami lakukan ini mestilah mempunyai kaitan dengan sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 yang mana kami perlu memilih satu topik yang khusus untuk dijadikan tajuk bagi projek kami..
Kumpulan kami secara umumnya akan membincangkan satu topik yang bertemakan "Alam Sekitar" tetapi secara khususnya adalah mengenai "Alam Bersih Hidup Selesa"..
Isu yang akan difokuskan dalam projek dan perbincangan kami ialah "Bilik darjah yang bersih akan menjamin keselesaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran"..
Oleh itu, tujuan utama kami membina blog ini adalah sebagai bukti mengenai projek yang kami jalankan. dalam blog ini kami akan lampirkan kesemua maklumat, bahan dan sumber yang kami dapati bagi melaksanakan projek ini dengan jayanya..
Diharap sokongan dari guru dan rakan-rakan akan dapat memotivasikan kami agar menyiapkan projek ini tepat pada masa yang telah ditetapkan..
Kerjasama dan bantuan kalian amatlah kami hargai.. (*_^)